Pesanan kepada pengundi DUN N.36 Pantai Jerejak:
Isnin, 29 April 2013
Khamis, 25 April 2013
Hak Wanita dan Anak Muda
PENCAPAIAN PAKATAN RAKYAT
Pembangunan Wanita dan Anak Muda antara manifesto yang
menitikberatkan tentang hal ehwal wanita dan anak-anak muda. Salah satu
pencapaian Pakatan Rakyat dalam manifesto ini adalah dengan menubuhkan
Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) pada November 2011.
PWDC adalah sebuah agensi untuk mencapai hak kesaksamaan
gender dan keadilan sosial terutamanya di negeri Pulau Pinang ini. Pelbagai
bantuan yang diusahakan oleh PWDC dalam memenuhi hak-hak wanita.
Antara program anjuran PWDC yang bakal berlangsung di
Pulau Pinang pada Mei ini ialah:
1) Ceramah "Role of Women in 21st Century" (Mandarin) oleh Ms Echo Kor dari Mamabersih
Tempat: Bukit Mertajam (TBD)
Tarikh: 18 Mei 2013 (Sabtu)
Masa: 2.30 pm - 6.00 pm
Kemasukan percuma
2) Dialog Suara Wanita Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
Tarikh: Mei 2013
Kemasukan percuma
PENERUSAN MANIFESTO PEMBANGUNAN WANITA DAN ANAK MUDA
Justeru, manifesto ini diteruskan lagi pada PRU 13 kali ini dengan menghapuskan diskriminasi ke atas golongan wanita serta memartabatkan lagi golongan ini. Melalui PWDC juga, program-program pemerkasaan wanita dipergiatkan dan dasar pengasuhan kanak-kanak diperkenalkan.
1) Ceramah "Role of Women in 21st Century" (Mandarin) oleh Ms Echo Kor dari Mamabersih
Tempat: Bukit Mertajam (TBD)
Tarikh: 18 Mei 2013 (Sabtu)
Masa: 2.30 pm - 6.00 pm
Kemasukan percuma
2) Dialog Suara Wanita Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
Tarikh: Mei 2013
Kemasukan percuma
PENERUSAN MANIFESTO PEMBANGUNAN WANITA DAN ANAK MUDA
Justeru, manifesto ini diteruskan lagi pada PRU 13 kali ini dengan menghapuskan diskriminasi ke atas golongan wanita serta memartabatkan lagi golongan ini. Melalui PWDC juga, program-program pemerkasaan wanita dipergiatkan dan dasar pengasuhan kanak-kanak diperkenalkan.
Sumber:
Rabu, 24 April 2013
Ceramah Perdana
Isnin, 22 April 2013
Pantai Jerejak visit
PENANG, 22 April - Pantai Jerejak is a middle-class residential area in Sungai Nibong, Penang. The name was given after the fact that it's beach was facing Jerejak Island, a once famous island for exiled prisoners. Eventhough the area is small, there is a lot of interesting lifestories of the people I managed to observe during my visit there.
This morning I had a chance to have breakfast in East 'n' West Restaurant and met a few local citizens. Afterwards I visited Bayan Baru Market Complex, where most of the food stalls' operators are chinese, yet our difference does not make us enemies. We can sit together and share stories. When asked their opinion about the current Pakatan Rakyat government, the response was positive.
at Bayan Baru Market Complex |
Next thing on my schedule was to visit Sungai Nibong Gospel Hall, a kindergarten and opposite to it was an autism education centre. In the kindergarten, we managed to meet a few teachers there. In the autism centre, we met the person in charge of the centre. She invited us to look around the precinct and met some of the autistic children. The centre was having some problem to put up a signboard, despite their effort to help these children. Her contribution and enthusiasm in helping these children has inspired me to give more to the people whom I have served, and will continue to serve, for the better future.
Source:
Lawatan ke Pantai Jerejak
PULAU PINANG, 22 April - Pantai Jerejak merupakan kawasan kediaman kelas pertengahan di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Ia diberi nama sempena pantainya yang berhadapan dengan Pulau Jerejak, iaitu pulau yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai penempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Walaupun kawasannya kecil, namun banyak kisah kehidupan yang saya perhatikan semasa lawatan saya ke Pantai Jerejak.
Pagi ini, East ‘n’ West Restaurant menjadi tempat pilihan saya untuk bersarapan. Saya berkesempatan untuk bertemu dengan penduduk setempat yang juga memilih restoran ini sebagai pilihan mereka. Daripada pertemuan ini, banyak cerita dan perkongsian idea yang dapat kami kongsikan bersama.
Seterusnya, kami melawat Kompleks Pasar Bayan Baru. Kebanyakan pengusaha gerai makanan di sini terdiri daripada kaum Cina. Perbezaan kami tidak menjadikan kami musuh. Kami sempat berkongsi cerita dan pengalaman. Saya sempat bertanya tentang pandangan mereka terhadap kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang, dan mereka memberikan maklum balas yang positif.
di Kompleks Pasar Bayan Baru |
Tadika Sungai Nibong, atau lebih dikenali sebagai Sungai Nibong Gospel Hall, juga menjadi salah satu destinasi persinggahan saya di kawasan Pantai Jerejak ini. Saya sempat bertemu beberapa tenaga pengajar dan mereka menyambut baik kedatangan saya.
Sumber:
Sabtu, 20 April 2013
Penamaan Calon
PULAU PINANG, 20 April - Seawal jam 7.30 pagi, bakal-bakal calon, bersama pencadang dan penyokong masing-masing, telah berkumpul bersama dengan jentera parti dan para penyokong dan bersiap sedia untuk berarak menghantar calon-calon ke Pusat Penamaan Calon di SJKC Min Sin.
Perarakan menyaksikan penyertaan dari pelbagai kaum, bergerak dengan diiringi laungan semangat "Reformasi", "Hidup Rakyat", "Tukar tukar" dan sebagainya menjadikan suasana begitu meriah dan bersemangat.
sebelum masuk ke Pusat Penamaan Calon |
Setelah diumumkan Pusat Penamaan Calon telah dibuka, barisan calon-calon, Sim Tze Tzin, Abdul Malik Abdul Kassim, Jayabalan A/L A. Thambyappa dan Hj. Rashid Hasnon, bersama pencadang & penyokong masing-masing memasuki perkarangan SJKC Min Sin untuk menyerahkan Kertas Penamaan Calon kepada Pegawai Pengurus.
Dari kiri: Penyokong, Nazihah Mohd Rashid dan Pencadang, Lee Chee Cheow |
Mengikut Peraturan 6(2) dalam Peraturan-peraturan Pilihan Raya 1981, seseorang calon dikehendaki menyerahkan Kertas Penamaan Calon kepada Pegawai Pengurus antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi di Pusat Penamaan Calon yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Hanya Calon, Penyokong & Pencadang yang dibenarkan berada di dalam kawasan Pusat Penamaan Calon. Para penyokong hanya dibenarkan berada di luar kawasan larangan iaitu 50 meter dari Pusat Penamaan Calon.
Para peserta perarakan menunggu di luar SJKC Min Sin sementara proses penamaan calon berakhir. Suasana menjadi meriah dengan peserta yang terdiri dari pelbagai lingkungan umur dan pelbagai kaum. Sorakan-sorakan semangat dilaungkan bagi menunjukkan sokongan kepada calon-calon Pakatan Rakyat.
(Lihat koleksi gambar di sini)
Mohd Rashid bin Hasnon (PKR) dan Wong Mun Hoe (BN) bakal merebut kerusi DUN N. 36 manakala bagi N. 37 Batu Maung menyaksikan perebutan tiga penjuru dari Abdul Malik bin Abdul Kassim (PKR), Mansor bin Musa (BN) dan Rahmad bin Isahak (Bebas).
Sekitar jam 10.10 pagi, proses penamaan calon selesai dan SPR mengumumkan keputusan rasmi.
Kerusi Parlimen P. 052 Bayan Baru bakal menyaksikan pertarungan antara Sim Tze Tzin (PKR) dan Tang Heap Seng (BN),
Bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri, N. 35 Batu Uban menyaksikan pertarungan lima penjuru dari Baratharajan A/L Narayanasamy Pillai (Bebas), Goh Kheng Sneah (BN), Jayabalan A/L A. Thambyappa (PKR), Mohd Noor Sirajajudeen bin Mohd Abdul Kader (Bebas) dan Rajendra A/L Ammasi (Bebas).
sejurus selepas keluar dari SJKC Min Sin |
Mohd Rashid bin Hasnon (PKR) dan Wong Mun Hoe (BN) bakal merebut kerusi DUN N. 36 manakala bagi N. 37 Batu Maung menyaksikan perebutan tiga penjuru dari Abdul Malik bin Abdul Kassim (PKR), Mansor bin Musa (BN) dan Rahmad bin Isahak (Bebas).
Senarai penuh Keputusan Penamaan Calon boleh di lihat di sini.
Penangites for Pakatan Rakyat!
PADANG KOTA, 19 April - Approximately 50,000 crowd filled Padang Kota Lama, Penang last night to attend a talk by Pakatan Harapan Rakyat & the introduction of the Pakatan Rakyat candidates for the coming General Election, with DS Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Salleh Man, Dato Mansor Othman, Karpal Singh. Eventhough DS Anwar Ibrahim could not be there as scheduled, the response from the Penangites was overwhelming.
PADANG KOTA, 19 April - Anggaran hampir 50,000 orang membanjiri Padang Kota Lama, Pulau Pinang bagi mendengar Ceramah Pakatan Harapan Rakyat dan Pengenalan Calon bersama penceramah DS Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Salleh Man, Dato Mansor Othman, Karpal Singh. Walaupun DS Anwar Ibrahim tidak dapat hadir seperti yang dijadualkan, program itu disambut dengan penuh semangat oleh warga Pulau Pinang dari pelbagai lapisan masyarakat.
Untuk senarai penuh calon DAP Pulau Pinang, lihat di sini.
Khamis, 18 April 2013
Mandate
Received mandate from President of Parti Keadilan Rakyat & DSAI this afternoon as candidate N.36 Pantai Jerejak, together with 182 KADUN & 102 Parliament, with 25% of them are below 40 years old, and 30% 40-50 years. A good mix to sustain leadership. This mandate is not an honor, rather it is a responsibility, which must be undertaken with trust & integrity.
Looking forward to serve the people of Penang. Two more days to the nomination day, where the real fight begin.
Looking forward to serve the people of Penang. Two more days to the nomination day, where the real fight begin.
Selasa, 16 April 2013
Morning visit
PENANG, 16 April - This morning after Fajr prayer, I managed to visit Bayan Baru Haemodialysis Centre, which is situated just in front of my house. There was 12 patients having their weekly routine treatment there this morning, among them was voters for N36.
Dialysis is a procedure to substitutes function of kidney and allow patients with kidney failure a chance to live a productive lives. Patients requiring dialysis treatment need to have their treatment at hemodialysis centre, up to three to four times per week, and every treatment lasts for 2-4 hours. These patients are indeed need our support and their welfare should be taken care of with care.
The Bayan Baru Haemodialysis Centre has started operating on March 21, 2011, currently has 11 dialysis machines costing RM 50,000 each and can cater up to 44 patients. It is operated by Sri Tanjung Medicare Sdn. Bhd.
PULAU PINANG, 16 April - Pagi ini seusai menunaikan solat Subuh, saya berpeluang melawat Pusat Hemodialisis Bayan Baru, yang terletak di hadapan rumah saya. 12 orang pesakit sedang menerima rawatan rutin mingguan mereka pagi ini, antara mereka terdapat pengundi N36.
Dialisis merupakan sebuah prosedur yang menggantikan fungsi buah pinggang dan membantu pesakit yang mengalami masalah buah pinggang supaya dapat menjalani hidup secara produktif. Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan dialisis perlu mendapatkan rawatan di pusat dialisis sehingga 3-4 kali seminggu, dan setiap rawatan mengambil masa 2-4 jam. Pesakit-pesakit ini sangat memerlukan sokongan dan kebajikan mereka harus dijaga dengan baik.
Pusat Haemodialisis Bayan Baru telah mula beroperasi pada 21 Mac 2011, dilengkapi dengan 11 mesin dialisis, dengan kos sebanyak RM 50,000 setiap satu dan boleh menampung seramai 44 orang pesakit. Pusat ini beroperasi di bawah syarikat Sri Tanjung Medicare Sdn. Bhd.
Towards Healthier Penang
PENANG, 14 April - A healthcare program 'Program Komuniti Sihat' was held yesterday, at Surau Sungai Nibong Tengah. Various of interesting activities has took place such as free medical examination, coloring contest for children, health talk 'Early Signs of Cancer' and lucky draw.
We received an overwhelming response from the local citizens of Kampung Sungai Nibong Tengah. They took chances to get medical examinations and counselling for free. This program is an effort to increase the awareness of the community towards a healthier lifestyle.
The program is officially organized by Pertubuhan Ikram Malaysia Pulau Pinang with Tuan Hj Rashid as a councillor.
We received an overwhelming response from the local citizens of Kampung Sungai Nibong Tengah. They took chances to get medical examinations and counselling for free. This program is an effort to increase the awareness of the community towards a healthier lifestyle.
The program is officially organized by Pertubuhan Ikram Malaysia Pulau Pinang with Tuan Hj Rashid as a councillor.
PULAU PINANG, 14 April - Satu program kesihatan, Program Komuniti Sihat telah diadakan semalam di Surau Sungai Nibong Tengah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, ceramah kesihatan 'Tanda-tanda Awal Kanser' dan cabutan bertuah.
Kami mendapat respon positif dari penduduk setempat. Mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan pemeriksaan dan kaunseling kesihatan secara percuma. Program ini merupakan salah satu usaha mendekati masyarakat dan menyedarkan kepentingan hidup secara sihat. Saya dapat melihat masyarakat secara dekat dan meluangkan masa bersama-sama penduduk setempat.
Program ini adalah di bawah anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia Pulau Pinang bersama Tuan Hj Rashid atas kapasitinya sebagai ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Sabtu, 13 April 2013
Ceramah Penerangan Isu Semasa
PULAU PINANG, 13 April 2013:
Satu Ceramah Penerangan telah diadakan di Kampung Sungai Nibong Tengah, Kawasan D, Bayan Baru, jam 5 petang tadi. Penerangan disampaikan oleh Sim Tze Tzin, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak, Hj Rashid, Dato Gary Nair, R.S.N.Rayer dan beberapa yang lain.
Ceramah dihadiri penduduk setempat yang majoritinya berbangsa India. Beberapa siri ceramah penerangan dijalankan untuk menerangkan kepada masyarakat setempat tentang isu-isu berbangkit dalam negara. Rakyat berhak untuk mendapat penerangan dari semua pihak bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya umum 5 Mei nanti.
Satu lagi ceramah penerangan bakal berlangsung malam ini di Kampung Jawa jam 9 malam.
Satu Ceramah Penerangan telah diadakan di Kampung Sungai Nibong Tengah, Kawasan D, Bayan Baru, jam 5 petang tadi. Penerangan disampaikan oleh Sim Tze Tzin, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak, Hj Rashid, Dato Gary Nair, R.S.N.Rayer dan beberapa yang lain.
Ceramah dihadiri penduduk setempat yang majoritinya berbangsa India. Beberapa siri ceramah penerangan dijalankan untuk menerangkan kepada masyarakat setempat tentang isu-isu berbangkit dalam negara. Rakyat berhak untuk mendapat penerangan dari semua pihak bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya umum 5 Mei nanti.
Satu lagi ceramah penerangan bakal berlangsung malam ini di Kampung Jawa jam 9 malam.
Khamis, 11 April 2013
Rabu, 10 April 2013
With AJK Pemandu teksi
Yesterday, 9 April 2013 at 4pm;
Friendly talk with AJK Persatuan Pemandu Teksi and gather a lot of good info. Looking foward to bring up their issues to State Goverment.
Melawat dan sembang2 dengan AJK Persatuan Pemandu Teksi. Banyak maklumat untuk penambah baikkan, isu keselamatan, penumpang diturunkan di tepi jalan, dan lain2. Cari peluang berkomunikasi dgn pihak2 berkaitan untuk selesai masalah.
Selasa, 9 April 2013
Kebersihan Gerai
Keratan akhbar mengenai tahap kualiti kebersihan di 658 gerai yang di bawah pengawasan MPPP.
Foto diambil ketika saya melawat gerai-gerai di Kompleks Niaga Bukit Gedong.
Sumbangan Kerusi Batu
Semalam Isnin 8 hb jam 12.00 tengahari, saya selaku Ahli Majlis MPPP menyampaikan set kerusi batu kepada wakil JKKK Jalan Tengah, Bayan Baru - En. Lee Eng Hock.
Ahad, 7 April 2013
Aktiviti bersama rakyat
9.30 pagi
Saya bersama team Pakatan Rakyat, diketuai oleh Sim Tze Tzin, calon Ahli Parlimen Bayan Baru, dan ahli Majlis MPPP berkesempatan turun padang melawat Kompleks Pasar & Balai Rakyat Bayan Baru. Peluang bertemu rakyat, mengambil cakna isu-isu setempat dan mengedarkan risalah 'Pakatan Harapan Rakyat'.
di Kompleks Pasar & Balai Rakyat Bayan Baru |
Manifesto Pakatan Rakyat dalam 6 bahasa boleh didapati di www.pakatanrakyat.my |
12.00 tengah hari
Memenuhi jemputan kenduri Walimatul 'Urus anakanda Prof Dr Hj Zainal Alimuddin di Parit Buntar. Sempat bertemu dengan Dr Mujahid Yusuf Rawa, bekas Ahli Parlimen Parit Buntar.
bersama Dr Mujahid Yusuf Rawa |
3.00 petang
Bersama team Gerak Gempur Culaan, keluar bertemu pengundi di kawasan Sungai Nibong Kecil. Majoriti di kalangan penduduk bersedia untuk Pakatan Rakyat. Seorang pengundi warga emas 'atas pagar' menyatakan tidak berminat dengan politik, atas sebab pengalaman beliau sendiri berada dalam budaya politik rasuah, atas arahan majikan untuk mendapat sesuatu projek. Kami mengambil langkah menerangkan semula kepentingan politik untuk memajukan negara. Fahaman politik begini harus diperbetulkan dengan kefahaman politik yang bersih dan jelas tanpa ada rasuah dan penyelewangan.
6.00 petang
Pertemuan dengan Mr Huang, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Nibong dan beberapa orang ahli jawatankuasa beliau, membincangkan perkembangan tentang perancangan untuk mengubahsuai sebahagian tapak penjaja untuk dijadikan perpustakaan & kelas komputer untuk kegunaan komuniti setempat.
Sedia berkhidmat untuk rakyat.
Aktif. Berkualiti. Progresif.
team Gerak Gempur Culaan |
6.00 petang
Pertemuan dengan Mr Huang, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Nibong dan beberapa orang ahli jawatankuasa beliau, membincangkan perkembangan tentang perancangan untuk mengubahsuai sebahagian tapak penjaja untuk dijadikan perpustakaan & kelas komputer untuk kegunaan komuniti setempat.
sekitar pertemuan dengan Mr Huang |
Sedia berkhidmat untuk rakyat.
Aktif. Berkualiti. Progresif.
Jumaat, 5 April 2013
Penyerahan Kerusi Batu
Pada jam 2.30 petang tadi, telah diadakan majlis penyampaian kerusi-kerusi batu untuk kegunaan masyarakat awam diSungai Nibong Kecil. Sumber pembelian ini adalah dari peuruntukan kewangan Ahli Majlis MPPP.
En Mat telah mewakili penduduk Sungai Nibong Kecil untuk menerima kerus-kerusi tersebut. Diharap, dengan pemberian ini akan memberi lebih keselesaan kepada orang awam untuk bersantai sesama mereka sambil mengeratkan hubungan sesama jira.
Rabu, 3 April 2013
Kemalangan Motor
Semasa berada di simpang Jalan Sultan Azlan Shah dan Taman Sri Nibong, saya terserempak dengan seorang anak muda yang terjatuh Motor. Zamri namanya. Akibat terjatuh dan terseret oleh motor, giginya patah, luka di tapak tangan dan lutut serta pendarahan di hidung.
Saya dan rakan-rakan cuba membantu sebaik mungkin. Ini mungkin hari dia. Esok lusa, mungkin hari kita dan akan ada orang lain yang akan menolong.
Selasa, 2 April 2013
Kunjungan Ke Gaza
Saya ingin berkongsi pengalaman bergambar ketika berkunjung ke Bumi Ambiya' - Palestin. Saya bertolak dari Malaysia ke Gaza pada 6 Ogos 2010. Di sana saya berpeluang menemui Presiden Palestin - Ismail Haniyeh.
Bertolak dari KLIA |
Menunggu untuk memasuki Rafah |
Bersama dengan Perdana Menteri Palestin - Ismail Haniyeh |
Di hadapan Bangunan Pentadbiran Kerajaan yang telah di bom oleh Israel |
Kunjungan saya kali ini benar-benar memberi gambaran sebenar situasi yang berlaku di sana. Marilah sama-sama kita berdoa muga-muga Palestin dan umat Islam di sana terus kuat mempertahankan kedaulatan negara Islam.
Gambar-gambar lain boleh lihat di Facebook saya di sini
Langgan:
Catatan (Atom)