Halaman

Ahad, 30 Jun 2013

Majlis Penutupan Karnival Usahawan

Selesai sudah Karnival Usahawan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini serta kepada semua para pengunjung yang datang. 

Adalah diharapkan semuga program ini sedikit sebanyak telah memberi manafaat dan menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi ushawan negeri kita.


Hadir untuk majlis penutupan karnival

Bicara santai Bersama Usahawan. Berkongsi pengalaman bersama
Pengurus Exacmust (M) Sdn Bhd.

hadirin yang berkongsi pandangan

berkonsi pandangan yang lain


penghargaan


Majlis KM Bersama Kontraktor Pulau Pinang


Saya telah bersama-sama dengan exco negeri menghadiri Majlis Makan malam bersama Ketua Menteri dan Warga Kontraktor di Pulau Pinang. 

Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk ramah mesra antara kepimpinan negeri dan kontraktor yang juga adalah sebahagian dari penyumbang pembangunan Negeri Pulau Pinang. 

Disamping memberi penghargaan juga untuk menghantar mesej penerangan tentang hasrat kerajaan negeri supaya proses pembanguna negeri dapat dilaksanakan dengan baik dan profesional.

Majlis Makan Malam

Tetamu yang hadir









Lim GE memberi ucapan

penyampaian hadiah penghargaan





KM bermesra dengan hadirin





Karnival Usahawan 2013

Saya juga telah merasmikan ' Karnival Ushawaan Outdor Parcel ' bertempat di Outdoor di parkir 9, Queenssbay anjuran Pejabat Timbalan ketua Menteri 1 pada 29 ~ 30 Jun 2013.

Karnival ini dibuka dari jam 10 pagi hinggalah 10 malam, terbuka kepada seluruh penduduk Pulau Pinang.

Memberi ucapan
Memukul gong simbolik kepada majlis perasmian
Diberi penerangan tentang data keusahawanan
Jreuk yang semakin popular di Pulau Pinang
kalau dijadikan buah tangan, elok juga!
Usahawan yang membuat hasil kraftangan
teringin juga nak periksa kesihatan

Seminar AlQuran.

Saya telah dijemput untuk merasmikan Program Seminar Al Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pagi tadi. 


Seminar seperti ini kita adakan setiap tahun dengan harapan ianya akan dapat memangkinkan kesedaran umum akan peri pentingnya kita menjadikan Al Quran itu bukan setakat untuk dibaca dan dilagukan akan tetapi hendaklah di kaji isinya dan di amalkan ke dalam kehidupan seharian.

Tema seminar kali ini ialah ' Penghayatan Al Quran Pencetus Perubahan '. Diharapkan aturcara seminar yang diadakan akan akhirnya dapat menjuruskan rakyat Pulau Pinang kepada 'celi' Al Quran.

Sabtu, 29 Jun 2013

Angkat Sumpah Sebagai ADUN Pulau Pinang

GEORGETOWN - Empat puluh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang hari ini mengangkat sumpah jawatan sebelum bermulanya penggal baru persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.
Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diikuti Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Mohd Rashid Hasnon dan TKM II P.
Ramasamy, 10 anggota exco dan Adun yang lain.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Abdul Hamid bersama sembilan lagi anggota Dun BN turut mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baru dilantik, Law Choo Kiang.
Law yang juga Adun Bukit Tambun dalam ucapannya menasihati kesemua Adun  agar membuat kerja rumah sebelum menghadiri persidangan minggu depan.
"Saya berharap Adun-adun kali ini akan kurangkan perbahasan politik.
Terdapat banyak undang-undang dan enakmen yang boleh mereka bahaskan selain politik," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Speaker Dun dan Adun di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas, pakatan pembangkang memenangi 30 daripada 40 kerusi Dun.
DAP berjaya mengekalkan kesemua 19 kerusi Dun yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 manakala PKR memenangi 10 kerusi dengan pertambahan satu kerusi iaitu Dun Seberang Jaya dan Pas kekal dengan kerusi tunggalnya di Dun Permatang Pasir manakala BN yang diwakili Umno pula memenangi 10 kerusi. - Bernama

sumber: SINAR HARIAN















Rabu, 26 Jun 2013

Projek Kampung Pisang Awak



Sempat meninjau perkembangan projek Pembangunan Semula Kampung Pisang Awak yang terletak bersebelahan dengan Pangsapuri Jelutong Indah. Isu perkampungan ini telah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya. 

Sekiranya siap, rumah yang berharga sekitar RM40 ~ RM50 ribu ini akan menempatkan semula penduduk asal kawasan ini ke satu persekitaran yang lebih selesa dan tersusun.

Tinjauan saya ini demi memastikan perjalanan projek dibuat mengikut jadual dan tidak ada penduduk sekitar yang terkesan akibat dari gerakkerja yang berjalan.

Pangsapuri Jelutong Indah Perlukan Perhatian

Saya telah pergi membuat tinjauan ke Pangsapuri Jelutong Indah terletak di Lengkok Haji Ahmad, Bandar GeorgeTown.

Pangsapuri ini dilaporkan sudah mula mengalami kerosakan prasarana serta persekitaran yang kurang memuaskan akibat sikap lepas tangan pihak pengurusan dalam memastikan penjagaan dan penyelenggaraan selalu dilaksanakan.

Sistem kawalan paip air utama rosak.  Penduduk terpaksa
turun 3 kali sehari untuk memastikan keperluan air mencukupi.

Tangki air yang bocor tanpa diselenggara dengan sempurana.

Air yang bertakong akan menjadi sarang nyamuk bertelor

Keadaan bumbung yang tidak selamat.

Sudah 2 minggu lif utama rosak. Bayangkanlah jika ada
 ibu mengandung atau orang tua yang perlu menggunakan lif ini.

untuk naik ketingkat 10 ini hanya dengan menaiki tanggga kerana lif rosak.

pembantu saya turut merakam gambar-gambar penting

merasai sendiri kebocoran simbolik kepada kesusahan yang dirasai
oleh penduduk di sini

antara barisan wakil penduduk yang membuat tinjauan bersama saya

InsyaAllah, saya akan memandang serius isu ini dan akan berbincang dengan pihak yang bertanggungjawap bagi memastikan kemudahan dan keselamatan  penduduk terpelihara.

Bertemu Dato Tamrin Tun Abdul Ghaffar


Saya menerima kunjungan hormat oleh Dato' Mohd Tamrin bin Abdul Ghaffar bersama Dato' Halim di Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, KOMTAR. 

Dato Tamrin adalah anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia - Tun Abdul Ghaffar Baba. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995. Beliau juga pernah menjadi pengerusi MARA dari tahun 1991 hingga 1993.









Pertemuan ini bagi saya begitu bermakna kerana dapat berkongsi pemikiran dan pengetahuan dengan seseorang yang mempunyai pengalaman luas dan lama dalam kancah politik dan keusahawanan dalam dan luar negara.