Halaman

Isnin, 22 Julai 2013

Berbuka Puasa Bersama Persatuan Kickers

Georgetown, 22 Julai 2013 - Persatuan Kickers yang dianggotai oleh bekas pemain-pemain bolasepak kebangsaan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Evergreen Laurel, Gurney Drive.

TKM1 - Mohd Rashid Hasnon telah dijemput bersama-sama meraikan majlis ini. Diantara bekas pemain bola sepak yang turut hadir ialah Shukor Salleh.

Sudah tentunya perbualan dan perbincangan mereka berkisar di sekitar perkembangan sukan negara terutamanya bola sepak. Sementelah pula pasukan bola sepak Pulau Pinang sekarang ini telah berjaya melonjakkan diri dari bermain dalam Liga FAM ke Liga Perdana pada musim depan.

TKM1 menerima cenderamata

Bersama-sama menjamu selera

Tentu ada topik menarik yang diperkatakan


Dikunjungi Pelajar INTERN

Georgetown 22 Julai 2013 - TKM 1 telah dikunjungi oleh sebilangan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara (INTERN). 

Kunjungan hormat dan lawatan kerja se hari ini bertujuan untuk mendapat maklumat secara lebih dekat tentang perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang dari kepimpinan negeri itu sendiri disamping mengenali mereka secara lebih dekat.

Turut sama di dalam pertemuan ini ialah YB Abul Malek Kasim, Exco Negeri.

Memberi penerangan kepada pelajar yang hadir

Add caption

Bergambar beramai-ramai


Mangsa Kebakaran Di Lawati

Sungai Nibong, 22 Julai 2013 - Sebaik sahaja mendengar berita tentang kebakaran yang berlaku di Kampung Bukit Kecil, Sungai Nibong, TKM1 telah pergi melawat ke tempat kejadian. 

TKM1 telah menemui mangsa kebakaran sambil melihat melihat sendiri kesan kebakaran tersebut. Bantuan yang perlu akan diuruskan sebaiknya.

Semoga Allah permudahkan keluarga yang diuji di bulan ramadhan ini..

Bertanya khabar kepada mangsa kebakaran

Sabtu, 20 Julai 2013

Mini Uptown Menerima Kunjungan TKM1

Permatang Pauh, 20 Julai 2013 - TKM 1, YB Hj Rashid Hasnon telah membuat kunjungan ke Mini Uptown yang terletak di Bandar Perda. Kunjungan beliau yang bertujuan untuk meninjau keadaan sekitar, perniagaan dan bertemu mesra dengan pengunjung dan jawatan kuasa penyelaras Mini Uptown.


Sejarah Mini Uptown bermula pada 2003 di mana beberapa peniaga bundle memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka tapak di atas rumput dan sekitar tapak pakir.

Kemudiannya dari tahun 2004 hingga ake tahun 2007, peniaga makanan mula beroperasi yang kekadang mencecah ke 35 orang peniaga pada hujung minggu.

Pada tahun 2009, pihak MPSP akhirnya memberi kebenaran kepada para peniaga untuk meneruskan kegiatan ekonomi di sini yangmana akhirnya Mini Uptown menjadi terkenal dan penuh sesak dikunjungi orang ramai lebih-lebih lagi di hujung minggu dan di bulan Ramadhan.


Bersama orang ramai melihat-lihat gerai jualan

Berbual mesra dengan salah seorang peniaga

Institusi Kewangan Dan Perniagaan Tidak Lupa Pada Kebajikan rakyat

Bayan Baru, 20 Julai 13 -  TKM 1 telah merasmikan satu Majlis Insyirah AidulFitri di Sunshine Square anjuran Pasaraaya Sunshine dan Kuwait Finance House.

Ini merupakan program pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim lelaki dan wanita sebagai persediaan mereka dalam menghadapi Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Usaha baik seperti ini perlu digalakkan dimana sektor koperat serta institusi Kewangan yang berjaya mempunyai satu sikap kebersamaan dengan kerajaan negeri dalam membantu berkongsi keuntungan perniagaan dengan memberi sebahagiaan dari laba itu kepada rakyat bawahan yang memerlukan. 


TKM 1 memberikan ucapan perasmian

Sebahagian dari anak-anak yatim yang menerima sumbangan



Gambar-gambar lain boleh lihat di sini

Pelajar Cemerlang SPM 2012 Di Hargai

Georgetown, 20 Julai 2012 - Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 bertempat di Dewan Tunku (DOME), Komtar.  Majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang di dalam SPM yang lalu. 

Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha-usaha kecemerlangan di dalam pendidikan. Peruntukan yang disediakan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Contohnya pada tahun 2010 telah diperuntukkan sejumlah RM55, 950 kemudiannya beritambah pada tahun 2012 sebanyak RM91, 700.


TKM1 menyampaikan penghargaan kepada pelajar Melayu yang berjaya

Sijil beserta sampul berisi wang penghargaan yang diterima oleh pelajar

Barisan kepimpinan negeri bersama pelajar yang berjaya


 Gambar penuh boleh juga di lihat di sini

Jumaat, 19 Julai 2013

TKM1 Di Majlis Iftar Dan Forum Harmoni



Georgetown, Jumaat 19 Julai 2013 - Islamic Propagation Society International (IPSI) telah mengadakan Majlis Iftar dan Forum Harmoni bertajuk 'Discover Islam' bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang hari ini jam 5 petang. 

Turut bersama ialah TKM1 Mohd Rashid Hasnon, Prof Dr Halim ( Astronomis ), Ust Abdul Malek dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Bro Shah Kirit ( Ketua Pegawai Dakwah Islamic and Service Foundation ), Dato' Dr Hamzah ( pakar kardiologi ), Dr Amir ( pakar kanser ) dan Bro Kamaruddin aktivis dan CEO IPSI. 

Bergambar bersama dengan jemputan istimewa

Ucapan dari TKM1

Kenyataan Media Tentang Kebenaran Janji Piliharaya (PRU13) Perdana Menteri

Georgetown, 19 Julai 2013 - Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat satu kenyataan media berikutan dengan Janji Pilihanraya oleh Dato' Seri Najib Tun Razak untuk memindahkan depot tahanan imegresen Juru ke satu tempat yang lebih sesuai.

'Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 19.7.2013.

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Bercakap Bohong Dan Bolehkah Beliau Memenuhi “Janji Ditepati” Dengan Memindahkan Depot Tahanan Imigresen Juru Dan Janji Pilihanraya Lain Untuk KADUN Bukit Tengah Dalam Belanjawan 2014 Akhir Tahun Ini?

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap bohong dan bolehkah beliau memenuhi “janji ditepati” dengan memindahkan Depot Tahanan Imigresen Juru serta janji pilihanraya lain untuk KADUN Bukit Tengah dalam Belanjawan 2014 akhir tahun ini? Semasa berkempen menyokong Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow di KADUN Bukit Tengah pada 30 April 2013, Datuk Seri Najib berjanji memindahkan Depot Tahanan Imigresen Juru untuk pekerja haram asing serta melancarkan rumah mampu milik.

Akan tetapi semua ini tinggal janji kosong bila saya menerima jawapan bertulis Parlimen daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang secara terang-terang menyatakan janji ini tidak disenaraikan dalam 10 projek Aku Janji Pilihanraya 13 kerajaan. Kalau begitu, janji pilihanraya yang ditaburkan oleh Teng Chang Yeow untuk KADUN Bukit Tengah juga tinggal janji kosong seperti memberikan peruntukan RM 500,000 kepada sebuah tokong Cina “Hong San Kong”, menubuhkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, memperbaiki lif dan mengecat semula rumah pangsa.

Sebagai Perdana Menteri adalah perlu Datuk Seri Najib tidak harus bertingkah laku seperti Teng tetapi patut menjadi seorang pemimpin yang cakap serupa bikin. Oleh itu beliau harus menunaikan janji memindahkan Depoh Tahanan Imigresen Juru dengan membetulkan jawapan Datuk Ahmad Zahid Hamidi seperti berikut:-

NO. SOALAN : 139
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN)
RUJUKAN : 5667

SOALAN :
Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Pusat Tahanan Imigresen di Juru, Pulau Pinang yang mendatangkan banyak masalah kepada penduduk tempatan akan dipindahkan seperti mana yang dijanjikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam pilihan raya 2013 dan di mana tempat baru, kos serta adakah tanah yang dikosongkan boleh digunakan untuk kegunaan sekolah.

JAWAPAN :
Cadangan projek perpindahan Depot Tahanan Imigresen Juru tidak disenaraikan di dalam 10 (sepuluh) projek Aku Janji PRU 13 kerajaan.

Walau bagaimanapun, Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri sedang mengenal pasti tapak lain untuk dijadikan Depot Tahanan Imigresen yang baru di Pulau Pinang. Permohonan projek akan dibuat setelah pengambilan tanah baru selesai.'


Rujukan: FB Lim Guan Eng

Tazkirah Bersama Masyarakat Taman Baru

Seberang Jaya, 19 Julai 2013 - Kali ini TKM1 telah memilih untuk bersama masyarakat Taman Baru ( bersebelahan Hospital Besar Seberang Jaya ) untuk Majlis Berbuka Puasa. Majlis yang dibuatkan secara sederhana itu di adakan di perkarangan surau dan kehadiran begitu baik. 

Selesai berbuka puasa, TKM1 bersama-sama dengan En. Razak yang merupakan imam dan juga pengerusi surau telah sama-sama menunaikan solat Terawikh dan kemudiannya memberikan tazkirah sebagai peringatan bersama.


En Razak mengimamkan solat


TKM1 memberi sedikit takirah

Jamuan morei selepas selesai terawih

Projek DAP Ancam 1000 Nelayan Di Penaga

Georgetown, 19 Julai 2013- Utusan Online pada 18 Julai lalu telah memetik kenyataan dari Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang Projek Ternakan Udang yang dicadangkan oleh PENKUA:

"Projek ternakan udang yang akan diusahakan oleh Persatuan Pengusaha Akuakultur Pulau Pinang (Penkua) itu boleh mengganggu ekosistem kerana melibatkan 204 hektar hutan paya bakau bermula dari Sungai Kuala Bekah hingga ke Sungai Kuala Muda.

"Projek ini masih belum mendapat sebarang kelulusan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dan jika kerajaan negeri tidak segera membatalkan projek tersebut, kita bimbang bakal memberikan kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk yang kebanyakannya nelayan."

( artikel penuh: Utusan Online)


Sehubungan dengan itu YB Afif Bahardin selaku Exco Pertaninan dan Industri Asas tani, Pembanguna Desa dan Kesihatan telah membuat satu kenyataan media seperti berikut;


Kenyataan Media : Menyangkal Dakwaan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris menyatakan Projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang ancam 1,000 nelayan 


Merujuk kepada kenyataan Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris melalui Utasan Malaysia bertarikh 17 Julai 2013, merupakan kenyataan yang tidak berasaskan fakta. Projek akuakultur yang dinamakan ZIA (Zon Industri Akuakultur) Penaga masih dalam peringkat perancangan dan belum beroperasi lagi. 

Perkara yang ditimbulkan berkenaan rezeki nelayan di Penaga akan terjejas dan tangkapan mereka akan merosot lebih 50 peratus jika projek akuakultur dilaksanakan adalah kenyataan tanpa asas. Kerajaan Pulau Pinang sendiri sedang menantikan Laporan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) yang akan dibiaya sendiri oleh Persatuan Akuakultur Pulau Pinang (Penkua).


Kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan, sekiranya kajian EIA menunjukkan projek ZIA memberikan kesan buruk ke atas alam sekitar, kerajaan negeri sendiri akan membatalkan projek ini.


Projek ZIA Penaga dengan zon penampan 200 meter dari pantai, 30 meter dari penempatan dan 20 meter dari sungai akan dilaksanakan secara bersepadu, dimana setiap peserta perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dan bersepakat untuk memenuhi syarat atau keperluan yang ditetapkan seperti penjagaan alam sekitar, kawalan penyakit, penjagaan kualiti air, pemasaran dan sebagainya.

Projek ZIA di Penaga merupakan projek yang pertama di negara ini yang memerlukan kelulusan EIA. Sekiranya projek ZIA berjaya dilaksanakan, ia akan menjadi modal contoh untuk negeri-negeri lain.

Jabatan Perikanan akan meletakkan syarat kepada setiap peserta untuk mematuhi Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). SPLAM merangkumi sistem amalan akuakultur yang baik termasuk kolam rawatan dan kolam takungan.

Sekian, terima kasih

YB Dr Afif bin Bahardin
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa, dan Kesihatan)
Ahli Dewan Undangan Negeri N10 Seberang Jaya
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang


( rujukan: Dr Afif Bahardin)

Khamis, 18 Julai 2013

Lawatan Ke Rumah Persatuan Warga Emas dan OKU

Sungai Ara, Pulau Pinang, 18 Julai 2013 - Y.B Tuan Haji Abdul Rashid Hasnon telah mengadakan lawatan ke rumah Persatuan Warga Emas dan Orang Kurang Upaya Daerah Barat Daya Pulau Pinang bertempat di Sungai Ara.

Lawatan sempena bulan Ramadhan ini disamping bertujuan untuk memberi sumbangan tanda kepedulian dan kasih oleh TKM1, juga bertujuan untuk melihat sendiri akan keadaan mereka di sana.

Semuga dengan sumbangan yang diberikan itu akan sedikit sebanyak dapat menampung keperluan Hari Raya mereka nanti.


Bersama dengan J/K Persatuan


Merasai jabat tangan seorang warga emas

Mereka antara yang diraikan

Kunjungan Wakil Dari Raudhatus Sakinah

Georgetown, 17 Julai 2013 - TKM1 telah menerima kujungan hormat oleh 2 orang wakil dari Raudhatus Sakinah; sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang telah menjadi mangsa kepada gejala sosial masakini. 

Raudhatus Sakinah  yang terletak di Relau, Seberang Perai Selatan telah beroperasi semenjak 2008 dan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Melalui kunjungan hormat ini adalah diharapkan agar dapat menerbit satu hubungan persefahaman yang baik dan sekaligus akan lebih memudahkan pengurusan dan perkembangan institusi ini di masa-masa akan datang.

YB Abdul Rashid bersama wakil RS

Raudhatus Sakinah (RS)

Selasa, 16 Julai 2013

Berbuka Di Surau Sungai Nibong Tengah

Bayan Baru, 16 Julai 2013 -  TKM 1 telah berkesempatan singgah untuk berbuka puasa di Surau Sungai Nibong Tengah bersama dengan para jamaah. Beliau tidak kekok untuk berkongsi makan di dalam satu talam dengan jamaah yang lain. Betapa besarnya jiwa ukhuwah dan sikap tawadduk yang ditunjukkan oleh kepimpinan negeri.

Beliau kemudiannya telah diminta mengimamkan solat Magrib. Oleh kerana perlu berangkat ke Kuala Lumpur dengan segera atas urusan parti beliau kemudian meminta diri.

TKM1 menjamah juadah yang dihidang di dalam talam bersama jamaah


TKM 1 mengimami solat Maghrib

Perasmian Taklimat Perolehan Hijau

Georgetown, 16 Julai 2013 - Tuan Hj Abdul Rashid Hasnon selaku TKM1 telah merasmikan program Taklimat mengenai Perolehan Hijau dan Garis Panduan 2013. Program ini telah diadakan di Auditorium F, KOMTAR jam 3 petang tadi. 

Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Setiausaha Green Purchasing Network Malaysia - Joni Chan Sim Ai.

Tajuk program

Majlis perasmian

Ahad, 14 Julai 2013

Iftar Di Pangsapuri Idaman

Saya telah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Surau Pangsapuri Idaman Permatang Pauh. Kemudiannya saya diminta untuk memberi sedikit tazkirah. 





sempat bergambar dengan mahasiswa UiTM Permatang Pauh




Sumbangan


Saya bersama Team KADUN Pantai Jerejak, Idris, Philips Thor, Kak Som, Vijaya, Pak Din, Nava, Mageret, Kak Pah, dan Naga. Kami menguruskan program Sumbangan (baki) Warga Emas dan Pelajar Emas di Pasar Bayan baru.

Juga Sumbanganuntuk pengrusan kematian dan Ibu Tunggal. 


Diharap sengan sumbangan ini dapat meringankan bebanan hidup yang semakin meningkat ini.




Sabtu, 13 Julai 2013

Misi Ke Rohingya dan Gaza

Saya bersama dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dr Afif Bahardin berada di Masjid Taman Sembilang, Seberang Jaya di dalam program bersama NGO MASSSA dan Permaufakatan. 

Mereka dijadualkan akan berkonvoi ke Thailand dan seterusnya ke Myamar dalam misi menghulurkan bantuan kepada keluarga Rohingya. Kemudiannya mereka akan bergerak ke Gaza untuk menyambung misi bantuan kemanusian di sana.

Mari kita sama-sama memanjatkan doa agar usaha-usaha gigih mereka ini berjaya dan direstui Allah hendaknya.


Afif (ADUN Seberang Jaya), TKM1 dan DS Anwar

TKM1 memberikan ucapan

Upacara simbolik perasmian misi MaSSSA

Khusuk mendengar penerangan

Majlis ini dibuat serba ringkas

Antara jurugambar/pemberita yang hadir

Kesanggupan MaSSSA mesti dicontohi

Logo MaSSSA




Di LTAB Pulau Pinang


Saya sempat meluangkan masa meraikan pemergian 40 warga emas (berbaju kuning) untuk berlepas ke Kuala Lumpur. Mereka berpeluang mengikuti lawatan  ke Musium Negara dan beberapa aktiviti lain anjuran Kelab Lions, Pulau Pinang. 

Kelihatannya mereka begitu segar dan ceria kerana dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru. 

Berbual sebelum mereka menaiki penerbangan



Secara kebetulan semasa berada di sana, saya terserempak dengan Puan Nabilah, isteri kepada Hj Rahman Kassim - Pengarah Hidayah Centre Sabah bersama dengan anakandanya. 

Kanan: TKM1, isteri, Puan nabilah dan anak beliau

UBAH DI AIR


Majlis pelancaran bagi apa yang digelar sebagai burung UBAH Di Air ( Water Ubah ) telah di adakan di IJM Promenade, Bandar Sri Pinang, Jelutong.

Sedikit catatan tentang latarbelakang burung UBAH DI AIR:

' Burung Kenyalang atau Enggang adalah burung yang berasal dari Sarawak dan adalah diantara haiwan tempatan yang paling dikenali. DAP telah memperkenalkan burung ini sebagai simbol harapan perubahan kerana sifatnya yang unik, ketabahan dan merupakan lambang perpaduan Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia. Direka oleh Ooi Leng Hang untuk pilihan raya umum, kini UBAH telah melangkaui ranah politik dan menjadi kesayangan rakyat Malaysia.

Burung UBAH terapung ini dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm. Burung UBAH setinggi 25 kaki dan 36 kaki lebar ini diilhamkan oleh penyokong DAP dan para penaja berdasarkan itik getah berwarna kuning yang mahsyur di Hong Kong. Usaha ini adalah sumbangan kecil kepada Pulau Pinang dan diharapkan akan diterima dengan baik oleh para pelancong dan penduduk tempatan.

Sejak permulaan sehingga tarikh pelancarannya pada 13 Julai 2013, ia bukan satu tugas yang mudah untuk menyiapkan projek ini dalam masa 2 bulan. Mereka yang terlibat dalam reka bentuk kreatif dan pembinaannya harus berbangga dengan usaha mereka. Hasrat mereka bukan hanya untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata malah ia juga unik dan boleh dikongsi bersama.

Dengan anggaran kos bernilai RM60,000, burung UBAH akan berlabuh sementara di dermaga IJM Promenade sehingga 31 Ogos 2013. '

Logo UBAH DI AIR

Majlis Pelancaran

UBAH sedang di naikkan

Berbangga dengan kehadiran UBAH

Ucapan tahniah kepada KM

Ketawa tanda kemesraan

Bersama kepimpinan DAP


Facts about UBAH inflatable bird (Water Ubah)

Burung kenyalang or the hornbill is a native bird from Sarawak and one of the most recognisable local animals. DAP had adopted this bird as a symbol of change both for its unique characteristics, hardiness and representation of the integration of both East Malaysia and Peninsular Malaysia into a Malaysian nation. Designed by Ooi Leng Hang for the general elections, Ubah has moved beyond the political realm and became a very well-loved for all Malaysians.
The UBAH bird is inflatable is made of high quality PVC and weighs about 250kg. It’s body thickness is 0.35mm while the life buoy is 0.7mm thick. This 25ft high and 36ft wide UBAH bird and was conceptualised by DAP supporters and sponsors after the success of the world famous yellow rubber duck in Hong Kong. This is a small contribution towards Penang and hopefully will be well-received by both tourists and locals.

From its inception to the final unveiling of the UBAH bird on 13 July 2013, it was not an easy task to complete this project in 2 months. Those involved in both the creative design and its construction should be proud of their efforts. Their wish is not just in the sheer joy of creating this unique attraction but to share it with everyone – it is also something very unique to be called our own.
With an estimated cost of RM 60,000, this UBAH bird will be temporarily docked at IJM Promenade until 31 August 2013.


有关《我的乌巴》-- 乌巴充气鸟的资料

犀鸟是一种来自砂拉越的本土鸟类,也是当地最容易让人辨识的动物之一。民主行动党将犀鸟纳为改变的象征,出自于它的独特特性、坚韧及代表着东西马整合成马来西亚这个国家的象征。由黄隆汉设计、作为大选用途的犀鸟,乌巴已经超越了政治,成为了深受马来西亚人喜爱的代号。

这只《我的乌巴》充气鸟,是以高素质的PVC制造,重量约250公斤。乌巴充气鸟的厚度为0.35毫米,而救生圈的厚度则是0.7毫米。这个身高25尺、宽36尺的乌巴鸟概念,是继闻名世界的香港大黄鸭成功后,由行动党支持者及赞助商想出的概念。这项努力是给予槟城的小小贡献,并希望能够获得本地人及游客的欢迎。

从设立之初到在2013年7月13日正式揭幕,《我的乌巴》充气鸟只用了短短的两个月时间完成,确是一项不简单的任务。 那些参与创意设计及建造过程的人士,肯定为他们本身的努力感到骄傲。他们的愿意不只是在于创造这个独特的吸引力,而是要跟大家一起分享-- 这是非常独特的。

《我的乌巴》估计制作成本为6万令吉,将会暂时停靠在新新关仔角(IJM Promenade)直至2013年8月31日为止。



More info/picture at: