Halaman

Ahad, 7 Julai 2013

Hari Ulang Tahun ke 5 Tapak Warisan Sedunia - Gergetown


Hari ini adalah Hari Ulang Tahun ke 5 Bandaraya George Town diisytihar  sebagai Tapak Warisan Dunia oleh United Nation Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO).

Menghimbau kembali akan ucapan YAB Tuan Lim Guan Eng pada sambutan yang sama untuk tahun ke 2 pada 2010 lalu:

"Sebagai makluman, George Town merupakan sebuah bandar perdagangan yang menjadi pertembungan kepelbagaian budaya Timur dan Asia Tenggara. Faktor ini secara tidak langsung telah mempelbagaikan budaya tempatan seperti Melayu, Cina, India dan Eropah. Kesannya dapat dilihat pada rekabentuk bangunan, struktur bandar, teknologi dan seni bina yang ditonjolkan pada tempoh masa berkenaan."

Semua rakyat diharapkan akan menghargai warisan sejarah kita. Warisan mesti dijaga. Warisan asas kebudayaan. Cemerlang warisan akan cemerlanglah generasi kita.





Dari sisi yang lain, gambar-gambar di bawah diambil semasa proses persedian menjelang hari sambutan ulangtahun di Bangunan World Heritage Inc di Lebuh Carnavon.











sumber foto: Buletin Muatiara

Tiada ulasan: