Halaman

Memaparkan catatan dengan label Isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Julai 2013

Isu Tuntutan Kerajaan Negeri Kedah Tentang Air


Berikut adalah kenyataan video dari Ketua Menteri Pulau Pinang - Lim Guan Eng tentang isu tuntutan pembayaran terhadap penggunaan air  oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari sumber air mentah yang disalurkan dari Sungai Muda, Kedah.

Kenyatan ini di buat pada sidang media selepas tamatnya sesi terakhir sidang DUN hari ini. Sebelum itu untuk lebih jelas, boleh baca latar belakang isu ini lebih dulu di:  Sinar Harian.


Rabu, 3 Julai 2013

Kenyataan Media Aktiviti Masjid Di Bulan Ramadhan


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam - Dato' Abdul Malik bin Abul Kassim telah membuat satu kenyataan media hari ini  tentang 2 perkara yang berkaitan dengan aktiviti masjid di sepanjang Bulan Ramadhan ini.


1. Tiada halangan bagi mana-mana masjid untuk mengadakan majlis tazkirah semasa menunaikan Solat Terawih.

2. Setiap masjid digalakkan supaya mendirikan solat Terawih sebanyak 20 rakaat. Namun jika ada jamaah yang hanya mahu membuat 8 rakaat itu terpulang kepada kemahuan/keupayaan individu tersebut.



Isnin, 24 Jun 2013

Isu Rumah Kedai Di Jalan Mahsuri


Aduan orang ramai tentang rumah teres yang kini dijadikan rumah kedai telah mengujakan saya untuk membuat tinjauan sejauhmana permasaalahan ini berlaku.

Rumah kedai ini terletak di sekitar Jalan Mahsuri, berhadapan Sunshine Square. Keadaan ini berlaku sudah agak lama.

Saya akan meminta pihak MPPP menghalakan perhatian mereka kepada isu ini serta membuat perbincangan lanjut tentang tindakan yang perlu dilakukan.

di hadapan rumah yang dijadikan lot perniagaan

sesuatu perlu dilakukan

di hadapan Sunshine Square

Sabtu, 15 Jun 2013

Ribut Melanda Di Pulau Pinang

Urutan dari tragedi ribut yang melanda di hampir 21 lokasi di seluruh Pulau Pinang semalam. Saya sempat membuat lawatan ke lokasi yang paling teruk terjejas kesan dari ribut semalam yakni di Jalan Macalister.

Menjawap soalan dari pihak media. Mesejnya jelas:
keselamatan adalah keutamaan
Meninjau masjid di seberang jalan tapak kejadian. Alhamdulillah, masjid
terpelihara. Hanya serpihan batu kecil dan tembok condong.
Jalan yang rosak dhempap oeh tiang pemancar telekominikasi
hancur menyebabkan paip bawah tanah pecah dan air melimpah
Sebahagian dari kenderaan yang dihempap
Bahagian antena yang runtuh
Tong gas (dari lori yang ditimpa serpihan) telah dialehkan oleh pihak 
keselamatan demi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

Butiran lanjut, baca di sini.

Rabu, 12 Jun 2013

Laporan Polis


Hari ini, bersama dengan rakan-rakan membuat laporan polis mengenai kes-kes penipuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada PRU ke 13 baru-baru ini.

Hari ini adalah hari terakhir tempoh aduan boleh di buat.

Ahad, 9 Jun 2013

Susulan Tragedi Jambatan P.Pinang Ke 2 Runtuh

Tragedi Jambatan Pulau Pinang ke 2 runtuh pada 7 Jun lalu benar-benar memeranjatkan kita. Beberapa orang telah disahkan mati dan tercedera. Susulan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah sedaya upaya memberi bantuan dan melihat sendiri lokasi kejadian serta mendekati waris mangsa yang terlibat.


Amatlah diharapkan supaya pihak-pihak yang terlibat seperti Kontraktor, Kerajaan Pusat, Lembaga Lebuhraya dan JKR segera mencari punca dan penyelesaian terhadap insiden yang tidak sepatutnya berlaku lagi.

TKM1 berada ditempat kejadian selepas kejadian pada Khamis: 6 hb. 
Setelah 3 jam masih belum berjaya mengeluarkan kereta tersebut. 
Kerajaan persekutuan melalui JKR bertanggungjawab mengenal
pasti punca kejadian

Melihat tapak kejadian pada Jumaat: 7 hb.

TKM1 mengiringi jenazah (Tajudin) mangsa jejantas runtuh
 hingga ke tanah perkuburan di Alor Pongsu, Perak selepas tengah malam. 
Sempat bertemu isteri & dua anak beliau. Menghulur sumbangan peribadi. 

Berita lanjut mengenai tragedi boleh baca di sini

Rabu, 10 April 2013

Public Talk

Sesi ceramah penerangan di hadapan rumah saya Ahad lalu.




Khamis, 14 Mac 2013

Isu Rumah MPPP Sungai Nibong

Tuan Haji Rashid telah berjaya menyelesaikan isu perumahan beberapa orang penduduk di perumahan MPPP Sungai Nibong yang tertangguh sekian lama. 

Pebincangan telah dilakukan antara pihak MPPP dan penduduk dengan Tuan Haji Rashid selaku perantara dimana akhirnya urusan menduduki rumah masing-masing berjaya dilakukan. Berikut adalah senarai penduduk yang terlibat:

1. Encik Razak - memohon rumah di itngkat bawah
2. Mohd fendi
3. Mohd marzuki

Muga usaha kecil beliau ini akan memberi keselesaan kepada penduduk dan sedikit sebanyak menaikkan imej kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang baru sepenggal mentadbir negeri Pulau Pinang.