Halaman

Ahad, 31 Mac 2013

Mesyuarat Agong MIPAS

Siang tadi, saya selaku Ahli Majlis MPPP telah merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 2, Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS), Bayan Baru. Muga mesyuarat ini akan berjalaan dengan baik dan menghasilkan satu gagasan yang akan dapat dilaksanakan demi kebaikan kaum India.



Cleaner Greener Penang - Satu Skesta

Saya ingin kongsikan klip video satu skesta tentang kesungguhan Kerajaan Pulau Pinang sekarang ini dalam usaha memastikan slogan 'Cleaner Greener Penang' menjadi kenyataan.


Jumaat, 29 Mac 2013

Bersama Dr MAZA

Saya telah menghadiri sebuah forum yang diadakan seusai solat Isyak di Masjid Daerah Balik Pulau. Forum bertajuk 'Umat Islam Di Persimpangan' ini adalah anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang pada hari Rabu 27 Mac dengan panelis jemputan Dr Asri Zainal Abidin ( Dr MAZA ) dan Dr Mazlee bersama moderator Hj Bakhtiar.

Isu yang dikupas ialah mengenai keadilan dan kebenaran  di dalam Islam yang melepasi batas agama, bangsa dan fahaman politik, suasana ekonomi yang mencengkam rakyat dan pemilihan kepimpinan. Dianggarkan kira 1000 orang telah hadir .

Forum di pengerusikan oleh Hj Bakhtiar
Berdiri dari kanan: Dr Mazlee, Hj Bakhtiar, Dr MAZA dan saya
Hadirin



Khamis, 28 Mac 2013

Temuduga Tapak Penjaja

Hari ini di Padang Kota, saya dan Ahli Majlis JK Kesihatan Awam telah hadir untuk menemuduga penggerai yang datang memohon tapak penjaja. Sambutan oleh kira-kira 410 orang begitu menggalakkan. Mereka sanggup beratur panjang tanpa mengira kaum dan darjah pandangan politk sedari pagi hingga selesai pada kira-kira jam 4.30 petang.


Tinjauan Ke Pasar Malam


Petang tadi saya sempat meninjau suasana pasar malam di Jalan Aziz Ibrahim dan bertemu dengan penduduk sekitar sambil menyampaikan risalah penerangan tentang Buku Jingga.  Sambutan dari masyarakat amat baik dan mesra.

Rabu, 27 Mac 2013

Perpustakaan Komuniti


Saya telah mengadakan pertemuan dengan penduduk Taman Sri Nibong dalam usaha untuk mengujudkan sebuah perpustakaan komuniti. saya percaya jika usaha ini tercapai ianya akan memberi banyak manafaat kepada masyarakat setempat.

Selasa, 26 Mac 2013

Ziarah Saudara Krisnan

Siang tadi saya sempat menziarahi saudara Krishnan yang terpaksa dimasukkan ke hospital Lam Wah Ee. Selama di hospital, beliau ditemani oleh isterinya yang begitu mengambil berat. Beliau adalah penduduk Kampung Jawa, Bayan Baru.


Isnin, 25 Mac 2013

Bersama En Azlan

Sempat makan bersama dengan En Azlan ( bapa kepada Saiful Bukhari ) di Astaka Selera Taman Tun Saadon, Gelugor. Turut bersama ialah Dato' Jo dan datok Muss.

Keberanian dan keikhlasannya mendedahkan apa yang benar dan haq amat dikagumi dan hargai.


Jumaat, 22 Mac 2013

Sumbangan Kepada SAR



Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus mengiktiraf dan memartabatkan kepentingan pendidikan agama di Pulau Pinang.

Dato' Mansor Othman, Timbalan ketua Menteri 1 menegaskan hal  ini semasa merasmikan Majlis Sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada SAR Tahun 2013 di Sekolah Rendah Agama Tuan Haji Omar Hassan, Permatang Damar Laut baru-baru ini.

"Pulau Pinang akan mempunyai Sekolah Islam Antarabangsa di Sungai Ara dan Hospital Islam di Bayan Baru. Kedua-dua projek ini adalah di bawah Yayasan Islam Pulau Pinang dan MAINPP."


sumber: Buletin Mutiara edisi 1-15 mac 2013.

Khamis, 21 Mac 2013

Earth Hour Ride

Penang Earth Hour Ride akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 23 Mac 2013
Lokasi: Queensbay Mall

Aktiviti:

7.00am - Berkumpul
7.50      - Ice breaking oleh Jojo Struys
8.00      - Persembahan oleh St Nicholas Home
8.30      - Flagoff Earth Hour Ride oleh YB Sim TT ( ADUN Pantai Jerejak )

Luangkan masa anda untuk bersama-sama menjayakan Earth Hour Ride.


"Canggih tak basikal saya? Jom kita berbasikal!"
(Hj Rashid Hasnon di sebelah kanan)

Rabu, 20 Mac 2013

Titi Kerawang


Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah meluluskan peruntukan tahunan sebanyak RM20000 bagi tujuan menaiktaraf Air Terjun Titi Kerawang yang satu ketika dulu menjadi lokasi perlancungan terkenal di Pulau Pinang. 

Gotong royong membersih sampah, memangkas pokok, penyusunan semula batu-batu, mengujudkan laluan pejalan kaki dan papantanda arah telah diadakan. Menurut ahli Majlis MPPP, Mohd Taufik Sulong, beberapa fasa menaiktaraf prasarana dan pengindahan kawasan ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemasyarakatan MPPP, Jabatan Reakreasi, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Sungai Pinang. 

Semuga dengan adanya usaha-usaha ini akan dapat mengembalikan kegemilangan Air terjun Titi Kerawang ini yang satu ketika dulu menjadi tumpuan rakyat Pulau Pinang untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga.

Isnin, 18 Mac 2013

Rumah Pangsa Jalan Tengah

Rumah pangsa yang terletak di Jalan Tengah, Bayan Baru, yang keseluruhannya berjumlah 17 blok perlu dicat semula lantaran keadaan dinding yang usang akibat luluhawa.

Kerajaan Negeri pada dasarnya telah bersetuju untuk melaksanakan program mengecat semula blok-blok tersebut dengan anggaran kos sebanayk RM1.5M dengan pihak penduduk cuma perlu membayar hanya RM200 sahaja bagi setiap rumah. 

Satu majlis pelancaran program tersebut telah diadakan petang tadi oleh YB Sim Tze Tzim, saya dan penduduk setempat.


Add caption

Ahad, 17 Mac 2013

Projek Mengecat & Rekreasi

Pada hari Ahad, 10 Mac yang lalu saya telah bersama-sama dengan Exco Kerajaan Negeri serta penduduk di Majlis Pelancaran Projek Mengecat dan Projek Tempat Rekreasi Jalan Sungai, Sungai Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh KM Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng. Peruntukan sebanyak RM700 ribu disediakan bagi tujuan ini.

Ucapan sepenuhnya oleh YAB Ketua Mentri boleh dirujuk di sini.

Tuan Hj Rashid di sebelah kiri




Jumaat, 15 Mac 2013

Apa Kata Mereka

Saya sempat menemubual beberapa orang pelatih dari Kem PLKN Sri Mutiara Balik Pulau bertanyakan pandangan mereka tentang tahap kebersihan Pulau Pinang berbanding dulu dan sekarang. Rata-ratanya menyatakan jelas nampak ketara perubahan tahap kebersihan Pulau Pinang sekarang ini.

Sekalung tahniah kita ucapkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang telah bersungguh-sungguh dalam usaha memberikan semula kebersihan ke negeri ini.

Terima kasih juga kepada rakyatnya yang telah memberikan kerjasama baik.



Khamis, 14 Mac 2013

Isu Rumah MPPP Sungai Nibong

Tuan Haji Rashid telah berjaya menyelesaikan isu perumahan beberapa orang penduduk di perumahan MPPP Sungai Nibong yang tertangguh sekian lama. 

Pebincangan telah dilakukan antara pihak MPPP dan penduduk dengan Tuan Haji Rashid selaku perantara dimana akhirnya urusan menduduki rumah masing-masing berjaya dilakukan. Berikut adalah senarai penduduk yang terlibat:

1. Encik Razak - memohon rumah di itngkat bawah
2. Mohd fendi
3. Mohd marzuki

Muga usaha kecil beliau ini akan memberi keselesaan kepada penduduk dan sedikit sebanyak menaikkan imej kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang baru sepenggal mentadbir negeri Pulau Pinang.


Selasa, 12 Mac 2013

Mohd Rashid bin Hasnon - Sebuah Biografi


Nama yang diberikan oleh pasangan Hasnon dan Tek yang menyambut kehadirannya pada tahun 1960. Beliau telah menetap di Pulau Pinang sejak 1984, tempoh yang cukup untuk memahami serta merasai susah senang bersama masyarakat setempat. 

Mendapat pendidikan awal di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi. Beliau menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom (UK) dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990).

Pada tahun 1982, beliau menamatkan zaman bujang beliau dan melangsungkan perkahwinan dengan Nor Azizah bt Haron dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Anak-anak mereka masing-masing cemerlang dalam pendidikan serta kerjaya profesional seperti peguam, jurutera, doktor dan juga 
hafizah Al-Quran. 

Sejak dari usia muda, beliau sangat aktif dan berbakat dalam bidang sukan serta kepemimpinan. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Pemimpin Kecil, Putra Sarjan Company A (1979), ’Footballer of The Year’ di kalangan pelajar Malaysia di Southampton. Beliau juga telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu (1979). 

Berpegangkan ’Aktif, Berkualiti, Progresif’, beliau merupakan seorang yang sangat komited dengan kerja dan sentiasa bersungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya.



KERJAYA 
  • Jurutera di PERNAS NEC (1984)
  • Ketua Jabatan Perancang Motorola (1987)
  • Pengurus ASE Electronics (1991)
  • Pengerusi Personal Managers Group (2006) yang mengurus syarikat yang bernaung di bawah Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Bayan Lepas. 
  • Kini, beliau adalah Pengarah Urusan di syarikat sendiri iaitu Data Ulung Sdn. Bhd. (2006) yang menumpukan kepada bahagian latihan kemahiran dan pengauditan ISO. 

KEMASYARAKATAN
  • Yang Dipertua (YDP) pertama JIM Negeri Sembilan  
  • YDP JIM Negeri Pulau Pinang (2000) 
  • Salah seorang pengasas sekolah SRI Al-Islah, Teluk Kumbar (1998) dan SMI Al-Itqan, Teluk Kumbar (2008)
  • Pengerusi Surau Bandar Bayan Baru (2000)
  • Dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (2010) 
  • Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) (2011 - sekarang)

Sebagai ahli Majlis, beliau banyak menguruskan projek-projek pembaikan dan naik taraf kemudahan awam seperti jalanraya, taman permainan, penghijauan taman, lampu jalan dan lain-lain, melalui kempen kesedaran CLEANER, GREENER, HEALTHIER & SAFER PENANG.

Beliau tidak ketinggalan membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat berkenaan perumahan, pemindahan penduduk, kebajikan anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan miskin.


ANTARABANGSA 

Beliau pernah menyertai pasukan sukarelawan ke Acheh & Meulaboh bagi membantu mangsa tsunami di sana (2004). Pada tahun 2009, beliau mengetuai misi bantuan Ramadhan di Kemboja dan negara Asia Tenggara , selaku Pengerusi JIM Antarabangsa peringkat Nasional ketika itu.

Beliau tidak ketinggalan menyertai misi bantuan Gaza (2011) bersama 
NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), antara misi terawal yang membawa bantuan ke Gaza selepas insiden Mavi Marmara.

POLITIK
  • Timbalan Pengerusi GERAK Pulau Pinang (1999)
  • Aktivis ADIL (2000)
  • Salah seorang Pengasas Parti Keadilan Nasional (PKN) Pulau Pinang (2001)
  • Pemidato Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kongress PKR
  • Bendahari yang pertama PKR Pulau Pinang 
  • Naib Pengerusi Cabang PKR Bayan Baru (2004)
  • Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru (2010 - sekarang)