Halaman

Selasa, 12 Mac 2013

Mohd Rashid bin Hasnon - Sebuah Biografi


Nama yang diberikan oleh pasangan Hasnon dan Tek yang menyambut kehadirannya pada tahun 1960. Beliau telah menetap di Pulau Pinang sejak 1984, tempoh yang cukup untuk memahami serta merasai susah senang bersama masyarakat setempat. 

Mendapat pendidikan awal di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi. Beliau menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom (UK) dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990).

Pada tahun 1982, beliau menamatkan zaman bujang beliau dan melangsungkan perkahwinan dengan Nor Azizah bt Haron dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Anak-anak mereka masing-masing cemerlang dalam pendidikan serta kerjaya profesional seperti peguam, jurutera, doktor dan juga 
hafizah Al-Quran. 

Sejak dari usia muda, beliau sangat aktif dan berbakat dalam bidang sukan serta kepemimpinan. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Pemimpin Kecil, Putra Sarjan Company A (1979), ’Footballer of The Year’ di kalangan pelajar Malaysia di Southampton. Beliau juga telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu (1979). 

Berpegangkan ’Aktif, Berkualiti, Progresif’, beliau merupakan seorang yang sangat komited dengan kerja dan sentiasa bersungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya.



KERJAYA 
  • Jurutera di PERNAS NEC (1984)
  • Ketua Jabatan Perancang Motorola (1987)
  • Pengurus ASE Electronics (1991)
  • Pengerusi Personal Managers Group (2006) yang mengurus syarikat yang bernaung di bawah Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Bayan Lepas. 
  • Kini, beliau adalah Pengarah Urusan di syarikat sendiri iaitu Data Ulung Sdn. Bhd. (2006) yang menumpukan kepada bahagian latihan kemahiran dan pengauditan ISO. 

KEMASYARAKATAN
  • Yang Dipertua (YDP) pertama JIM Negeri Sembilan  
  • YDP JIM Negeri Pulau Pinang (2000) 
  • Salah seorang pengasas sekolah SRI Al-Islah, Teluk Kumbar (1998) dan SMI Al-Itqan, Teluk Kumbar (2008)
  • Pengerusi Surau Bandar Bayan Baru (2000)
  • Dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (2010) 
  • Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) (2011 - sekarang)

Sebagai ahli Majlis, beliau banyak menguruskan projek-projek pembaikan dan naik taraf kemudahan awam seperti jalanraya, taman permainan, penghijauan taman, lampu jalan dan lain-lain, melalui kempen kesedaran CLEANER, GREENER, HEALTHIER & SAFER PENANG.

Beliau tidak ketinggalan membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat berkenaan perumahan, pemindahan penduduk, kebajikan anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan miskin.


ANTARABANGSA 

Beliau pernah menyertai pasukan sukarelawan ke Acheh & Meulaboh bagi membantu mangsa tsunami di sana (2004). Pada tahun 2009, beliau mengetuai misi bantuan Ramadhan di Kemboja dan negara Asia Tenggara , selaku Pengerusi JIM Antarabangsa peringkat Nasional ketika itu.

Beliau tidak ketinggalan menyertai misi bantuan Gaza (2011) bersama 
NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), antara misi terawal yang membawa bantuan ke Gaza selepas insiden Mavi Marmara.

POLITIK
  • Timbalan Pengerusi GERAK Pulau Pinang (1999)
  • Aktivis ADIL (2000)
  • Salah seorang Pengasas Parti Keadilan Nasional (PKN) Pulau Pinang (2001)
  • Pemidato Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kongress PKR
  • Bendahari yang pertama PKR Pulau Pinang 
  • Naib Pengerusi Cabang PKR Bayan Baru (2004)
  • Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru (2010 - sekarang)






3 ulasan:

Ashraf Munim berkata...

Tahniah Yb diatas lantikan sebagai DCM.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah bro

Tanpa Nama berkata...

Tahniah bro