Halaman

Isnin, 22 Julai 2013

Berbuka Puasa Bersama Persatuan Kickers

Georgetown, 22 Julai 2013 - Persatuan Kickers yang dianggotai oleh bekas pemain-pemain bolasepak kebangsaan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Evergreen Laurel, Gurney Drive.

TKM1 - Mohd Rashid Hasnon telah dijemput bersama-sama meraikan majlis ini. Diantara bekas pemain bola sepak yang turut hadir ialah Shukor Salleh.

Sudah tentunya perbualan dan perbincangan mereka berkisar di sekitar perkembangan sukan negara terutamanya bola sepak. Sementelah pula pasukan bola sepak Pulau Pinang sekarang ini telah berjaya melonjakkan diri dari bermain dalam Liga FAM ke Liga Perdana pada musim depan.

TKM1 menerima cenderamata

Bersama-sama menjamu selera

Tentu ada topik menarik yang diperkatakan


Dikunjungi Pelajar INTERN

Georgetown 22 Julai 2013 - TKM 1 telah dikunjungi oleh sebilangan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara (INTERN). 

Kunjungan hormat dan lawatan kerja se hari ini bertujuan untuk mendapat maklumat secara lebih dekat tentang perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang dari kepimpinan negeri itu sendiri disamping mengenali mereka secara lebih dekat.

Turut sama di dalam pertemuan ini ialah YB Abul Malek Kasim, Exco Negeri.

Memberi penerangan kepada pelajar yang hadir

Add caption

Bergambar beramai-ramai


Mangsa Kebakaran Di Lawati

Sungai Nibong, 22 Julai 2013 - Sebaik sahaja mendengar berita tentang kebakaran yang berlaku di Kampung Bukit Kecil, Sungai Nibong, TKM1 telah pergi melawat ke tempat kejadian. 

TKM1 telah menemui mangsa kebakaran sambil melihat melihat sendiri kesan kebakaran tersebut. Bantuan yang perlu akan diuruskan sebaiknya.

Semoga Allah permudahkan keluarga yang diuji di bulan ramadhan ini..

Bertanya khabar kepada mangsa kebakaran