Halaman

Isnin, 10 Jun 2013

Sya'ban


Selamat Datang Bulan Sya'aban!

Mari kita mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Memandangkan Sya'ban adalah bulan sebelum Ramadhan maka boleh dianologikan bahawa bulan Sya'ban adalah sebagai tapak ataupun kem latihan untuk menghadapi Ramadhan. Amal-amal boleh mula ditingkatkan supaya apabila Ramadhan tiba, kita sudah biasa dengan latihan amal yang dilakukan malah boleh bergerak dengan lebih laju lagi untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah.

'Allahumma barik lana fi Rajab wa Sha'aban wa ballighna Ramadhan'

Ya Allah! Jadikanlah bulan Rejab dan Sya'ban sebagai bulan yang diredhai dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan

- HR At-Tabrani and Ahmad

Antara kelebihan bulan Syaaban ialah;

1. Syaaban adalah bulan menghapuskan dosa sementara Ramadhan adalah bulan menyucikan diri.
2. Ramadhan adalah bulan Allah. Syaaban adalah bulan Nabi.
3. Berpuasa dalam bulan Syaaban; Allah haramkan tubuhnya dari api Neraka dan menjadi rakan nabi yusuf di dalam Syurga.
4. Berpuasa sebulan dalam bulan Syaaban, Allah akan mudahkan kematiannya dan aman di dalam kubur.


Rujukan: Portal IKIM

Tiada ulasan: