Halaman

Isnin, 24 Jun 2013

Perasmian Pusat Aktiviti JKKK Sungai Semambu


Akhbar Harakah edisi Isnin 24 Jun ( hari ini ) memaparkan Majlis Perasmian Pusat Aktiviti JKKK Sungai Semambu, Kubang Semang.

Menurut pengerusi JKKK - Siti Noriza Abu Bakar, hadiah berupa wang RM15000 yang diterima dari kerajaan negeri Pulau Pinang atas kejayaan menjadi JKKK terbaik negeri telah dugunakan untuk mengujudkan Pusat Aktiviti ini.

Antara aktiviti JKKK Sungai Semambu ialah baikpulih surau setempat, pembelian peralatan khemah dan projek tanaman pisang.

Saya berharap JKKK ini akan terus menjalankan tanggungjawap kemasyarakatan tanpa mengira bangsa dan lokasi tugasan mereka.


Tiada ulasan: