Halaman

Memaparkan catatan dengan label Tinjauan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tinjauan. Papar semua catatan

Rabu, 26 Jun 2013

Projek Kampung Pisang Awak



Sempat meninjau perkembangan projek Pembangunan Semula Kampung Pisang Awak yang terletak bersebelahan dengan Pangsapuri Jelutong Indah. Isu perkampungan ini telah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya. 

Sekiranya siap, rumah yang berharga sekitar RM40 ~ RM50 ribu ini akan menempatkan semula penduduk asal kawasan ini ke satu persekitaran yang lebih selesa dan tersusun.

Tinjauan saya ini demi memastikan perjalanan projek dibuat mengikut jadual dan tidak ada penduduk sekitar yang terkesan akibat dari gerakkerja yang berjalan.

Isnin, 24 Jun 2013

Letupan Di Pangsapuri Jalan Mahsuri


Sebaik sahaja mendengar berita bahawa satu kejadian letupan telah berlaku di sebuah rumah pansapuri Jalan Tengah, Bayan Baru; saya bergegas ke sana.

Bunyi letupan yang begitu kuat ketika penghuninya sedang tidur telah membuatkan mereka terkejut.

Rupanya letupan itu adalah berpunca dari mercun buatan yang terdiri dari bebola besi. Alhamdulillah, tiada kemalangan atau kecederaan yang berlaku.

meneliti kesan/bukti bahan letupan yang ditemui

Info dari sumber alternatif: sini

Isnin, 17 Jun 2013

Tinjauan Susulan tragedi Kesan Ribut

Saya sekali lagi meninjau perkembangan operasi menyelamat dan memulihkan kesan-kesan jatuhan pemancar telekomunikasi dari Bangunan UMNO Jalan Macalister.

Mesyuarat tindakan

Menyelami emosi keluarga mangsa tragedi

Pusara yang dibina oleh keluarga

KM Lim GE yang begitu ambil berat isu runtuhan ini

Sabtu, 15 Jun 2013

Meninjau Projek Uda Di Tanjong Tokong

Saya meluangkan masa untuk meninjau perkembangan tapak projek UDA yang sedang dilaksanakan di belakang Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong.

Melihat pelan pembangunan

Foodcourt yg bakal dibuka berhampiran TESCO Tanjung Tokong

Bergambar di hadapan Dewan Desiran Tanjung

Mendengar taklimat dari pegawai bertanggungjawp