Jumaat, 12 Julai 2013

Ulang Tahun Yang Di Pertua Negeri

Sempena Hari Ulang Tahun yang ke 75 - Tun Dato' Seri Utama Dr Hj Abd Rahman bin Hj Abas, Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang; satu Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Iftar telah di adakan di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Majlis ini turut dihadiri oleh KM Pulau Pinang - Tuan Lim Guan Eng, SUK dan YB Afif. Selepas itu Yang Di Pertua negeri telah bersama-sama menunaikan solat Terawih 20+3 rakaat bersama-sama dengan jamaah yang lain.

Semuga Allah melimpahkan kerahmatan dan keamanan ke atas Negeri Pulau Pinang selama berada di bawah naungan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.


Bersama YDPN ketika bacaan Yassin berlansung

Antara jamaah masjid yang turut serta


Iftar bersama YDPN, KM dan Exco


Tiada ulasan: