Isnin, 22 April 2013

Lawatan ke Pantai Jerejak

PULAU PINANG, 22 April - Pantai Jerejak merupakan kawasan kediaman kelas pertengahan di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Ia diberi nama sempena pantainya yang berhadapan dengan Pulau Jerejak, iaitu pulau yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai penempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Walaupun kawasannya kecil, namun banyak kisah kehidupan yang saya perhatikan semasa lawatan saya ke Pantai Jerejak. 

Pagi ini, East ‘n’ West Restaurant menjadi tempat pilihan saya untuk bersarapan. Saya berkesempatan untuk bertemu dengan penduduk setempat yang juga memilih restoran ini sebagai pilihan mereka. Daripada pertemuan ini, banyak cerita dan perkongsian idea yang dapat kami kongsikan bersama.

Seterusnya, kami melawat Kompleks Pasar Bayan Baru. Kebanyakan pengusaha gerai makanan di sini terdiri daripada kaum Cina. Perbezaan kami tidak menjadikan kami musuh. Kami sempat berkongsi cerita dan pengalaman. Saya sempat bertanya tentang pandangan mereka terhadap kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang, dan mereka memberikan maklum balas yang positif. 


di Kompleks Pasar Bayan Baru

Tadika Sungai Nibong, atau lebih dikenali sebagai Sungai Nibong Gospel Hall, juga menjadi salah satu destinasi persinggahan saya di kawasan Pantai Jerejak ini. Saya sempat bertemu beberapa tenaga pengajar dan mereka menyambut baik kedatangan saya. 


Berdekatan dengan tadika ini, saya melawat Pusat Pendidikan Autisme. Pusat ini berfungsi membantu anak-anak autisme dan melatih mereka dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai, seperti membuat kraftangan dan sebagainya. Usaha murni ini sangat memberi inspirasi kepada saya untuk terus berbakti kepada masyarakat Pulau Pinang khususnya. 

Sumber: 




Tiada ulasan: