Halaman

Ahad, 7 April 2013

Aktiviti bersama rakyat

Aktiviti 6 April 2013

9.30 pagi

Saya bersama team Pakatan Rakyat, diketuai oleh Sim Tze Tzin, calon Ahli Parlimen Bayan Baru, dan ahli Majlis MPPP berkesempatan turun padang melawat Kompleks Pasar & Balai Rakyat Bayan Baru. Peluang bertemu rakyat, mengambil cakna isu-isu setempat dan mengedarkan risalah 'Pakatan Harapan Rakyat'. 



di Kompleks Pasar & Balai Rakyat Bayan Baru 


Manifesto Pakatan Rakyat dalam 6 bahasa boleh didapati di www.pakatanrakyat.my 



12.00 tengah hari

Memenuhi jemputan kenduri Walimatul 'Urus anakanda Prof Dr Hj Zainal Alimuddin di Parit Buntar. Sempat bertemu dengan Dr Mujahid Yusuf Rawa, bekas Ahli Parlimen Parit Buntar.

bersama Dr Mujahid Yusuf Rawa 

3.00 petang

Bersama team Gerak Gempur Culaan, keluar bertemu pengundi di kawasan Sungai Nibong Kecil. Majoriti di kalangan penduduk bersedia untuk Pakatan Rakyat. Seorang pengundi warga emas 'atas pagar' menyatakan tidak berminat dengan politik, atas sebab pengalaman beliau sendiri berada dalam budaya politik rasuah, atas arahan majikan untuk mendapat sesuatu projek. Kami mengambil langkah menerangkan semula kepentingan politik untuk memajukan negara. Fahaman politik begini harus diperbetulkan dengan kefahaman politik yang bersih dan jelas tanpa ada rasuah dan penyelewangan. 



team Gerak Gempur Culaan

6.00 petang

Pertemuan dengan Mr Huang, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Nibong dan beberapa orang ahli jawatankuasa beliau, membincangkan perkembangan tentang perancangan untuk mengubahsuai sebahagian tapak penjaja untuk dijadikan perpustakaan & kelas komputer untuk kegunaan komuniti setempat. 


sekitar pertemuan dengan Mr Huang 

Sedia berkhidmat untuk rakyat. 
Aktif. Berkualiti. Progresif. 


1 ulasan:

insan marhaen berkata...

Good info. Keep on updating.

Ada feedback kata, kena update dalam BI juga sesekali.

Satu cabaran nih!