Jumaat, 19 Julai 2013

Kenyataan Media Tentang Kebenaran Janji Piliharaya (PRU13) Perdana Menteri

Georgetown, 19 Julai 2013 - Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat satu kenyataan media berikutan dengan Janji Pilihanraya oleh Dato' Seri Najib Tun Razak untuk memindahkan depot tahanan imegresen Juru ke satu tempat yang lebih sesuai.

'Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 19.7.2013.

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Bercakap Bohong Dan Bolehkah Beliau Memenuhi “Janji Ditepati” Dengan Memindahkan Depot Tahanan Imigresen Juru Dan Janji Pilihanraya Lain Untuk KADUN Bukit Tengah Dalam Belanjawan 2014 Akhir Tahun Ini?

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap bohong dan bolehkah beliau memenuhi “janji ditepati” dengan memindahkan Depot Tahanan Imigresen Juru serta janji pilihanraya lain untuk KADUN Bukit Tengah dalam Belanjawan 2014 akhir tahun ini? Semasa berkempen menyokong Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow di KADUN Bukit Tengah pada 30 April 2013, Datuk Seri Najib berjanji memindahkan Depot Tahanan Imigresen Juru untuk pekerja haram asing serta melancarkan rumah mampu milik.

Akan tetapi semua ini tinggal janji kosong bila saya menerima jawapan bertulis Parlimen daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang secara terang-terang menyatakan janji ini tidak disenaraikan dalam 10 projek Aku Janji Pilihanraya 13 kerajaan. Kalau begitu, janji pilihanraya yang ditaburkan oleh Teng Chang Yeow untuk KADUN Bukit Tengah juga tinggal janji kosong seperti memberikan peruntukan RM 500,000 kepada sebuah tokong Cina “Hong San Kong”, menubuhkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, memperbaiki lif dan mengecat semula rumah pangsa.

Sebagai Perdana Menteri adalah perlu Datuk Seri Najib tidak harus bertingkah laku seperti Teng tetapi patut menjadi seorang pemimpin yang cakap serupa bikin. Oleh itu beliau harus menunaikan janji memindahkan Depoh Tahanan Imigresen Juru dengan membetulkan jawapan Datuk Ahmad Zahid Hamidi seperti berikut:-

NO. SOALAN : 139
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN)
RUJUKAN : 5667

SOALAN :
Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Pusat Tahanan Imigresen di Juru, Pulau Pinang yang mendatangkan banyak masalah kepada penduduk tempatan akan dipindahkan seperti mana yang dijanjikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam pilihan raya 2013 dan di mana tempat baru, kos serta adakah tanah yang dikosongkan boleh digunakan untuk kegunaan sekolah.

JAWAPAN :
Cadangan projek perpindahan Depot Tahanan Imigresen Juru tidak disenaraikan di dalam 10 (sepuluh) projek Aku Janji PRU 13 kerajaan.

Walau bagaimanapun, Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri sedang mengenal pasti tapak lain untuk dijadikan Depot Tahanan Imigresen yang baru di Pulau Pinang. Permohonan projek akan dibuat setelah pengambilan tanah baru selesai.'


Rujukan: FB Lim Guan Eng

Tiada ulasan: