Ahad, 7 Julai 2013

Lawatan Ke Rope Walk Bagan


Rope Walk sebenarnya merujuk kepada pasar lambak yang terletak di Jalan Pintal Tali, Georgetown. Namun kemudian wujud pula pasar lambak yang mempunyai konsep yang sama di Taman Selat, Butterworth sehinggakan masyarakat tempatan menamakan pasar lambak di Taman Selat dengan Rope Walk juga.

Menerima jolokan sebagai 'jelmaan Rope Walk Georgetown', Rope Walk Taman Selat menyimpan pelbagai barangan rare dan bernilai dari produk antik, kraftangan, telefon bimbit, aneka pakaian terpakai dan baru sehinggalah ubatan tradisional.

Saya telah pergi membuat lawatan ke Koperasi Serba Aneka Ropewalk Bagan Taman Selat Butterworth untuk meninjau dan mengetahui serba sedikit perkembangan dan suasana di sana. Kehadiran saya disambut oleh pihak pengurusan koperasi.

Saya telah dibawa berjalan ke sekitar Ropewalk dan diberi penerangan oleh pihak pengurusan.


Ropewalk Bagan

menandatangani buku lawatan

Agaknya adakah  sehebat Ropewalk Penang?

Barisan pengurusan koperasi

Bersama Pengurus Koperasi Ropewalk Bagan

Tiada ulasan: