Halaman

Sabtu, 20 Julai 2013

Mini Uptown Menerima Kunjungan TKM1

Permatang Pauh, 20 Julai 2013 - TKM 1, YB Hj Rashid Hasnon telah membuat kunjungan ke Mini Uptown yang terletak di Bandar Perda. Kunjungan beliau yang bertujuan untuk meninjau keadaan sekitar, perniagaan dan bertemu mesra dengan pengunjung dan jawatan kuasa penyelaras Mini Uptown.


Sejarah Mini Uptown bermula pada 2003 di mana beberapa peniaga bundle memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka tapak di atas rumput dan sekitar tapak pakir.

Kemudiannya dari tahun 2004 hingga ake tahun 2007, peniaga makanan mula beroperasi yang kekadang mencecah ke 35 orang peniaga pada hujung minggu.

Pada tahun 2009, pihak MPSP akhirnya memberi kebenaran kepada para peniaga untuk meneruskan kegiatan ekonomi di sini yangmana akhirnya Mini Uptown menjadi terkenal dan penuh sesak dikunjungi orang ramai lebih-lebih lagi di hujung minggu dan di bulan Ramadhan.


Bersama orang ramai melihat-lihat gerai jualan

Berbual mesra dengan salah seorang peniaga

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sands Casino | Sydney, NSW | SEGA | SEGAGENESIS
We have septcasino been operating 1xbet a number of casino kadangpintar venues throughout the years, including The Darling and Treasure Island and Golden Nugget, as well as some other