Halaman

Jumaat, 19 Julai 2013

Projek DAP Ancam 1000 Nelayan Di Penaga

Georgetown, 19 Julai 2013- Utusan Online pada 18 Julai lalu telah memetik kenyataan dari Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang Projek Ternakan Udang yang dicadangkan oleh PENKUA:

"Projek ternakan udang yang akan diusahakan oleh Persatuan Pengusaha Akuakultur Pulau Pinang (Penkua) itu boleh mengganggu ekosistem kerana melibatkan 204 hektar hutan paya bakau bermula dari Sungai Kuala Bekah hingga ke Sungai Kuala Muda.

"Projek ini masih belum mendapat sebarang kelulusan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dan jika kerajaan negeri tidak segera membatalkan projek tersebut, kita bimbang bakal memberikan kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk yang kebanyakannya nelayan."

( artikel penuh: Utusan Online)


Sehubungan dengan itu YB Afif Bahardin selaku Exco Pertaninan dan Industri Asas tani, Pembanguna Desa dan Kesihatan telah membuat satu kenyataan media seperti berikut;


Kenyataan Media : Menyangkal Dakwaan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris menyatakan Projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang ancam 1,000 nelayan 


Merujuk kepada kenyataan Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris melalui Utasan Malaysia bertarikh 17 Julai 2013, merupakan kenyataan yang tidak berasaskan fakta. Projek akuakultur yang dinamakan ZIA (Zon Industri Akuakultur) Penaga masih dalam peringkat perancangan dan belum beroperasi lagi. 

Perkara yang ditimbulkan berkenaan rezeki nelayan di Penaga akan terjejas dan tangkapan mereka akan merosot lebih 50 peratus jika projek akuakultur dilaksanakan adalah kenyataan tanpa asas. Kerajaan Pulau Pinang sendiri sedang menantikan Laporan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) yang akan dibiaya sendiri oleh Persatuan Akuakultur Pulau Pinang (Penkua).


Kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan, sekiranya kajian EIA menunjukkan projek ZIA memberikan kesan buruk ke atas alam sekitar, kerajaan negeri sendiri akan membatalkan projek ini.


Projek ZIA Penaga dengan zon penampan 200 meter dari pantai, 30 meter dari penempatan dan 20 meter dari sungai akan dilaksanakan secara bersepadu, dimana setiap peserta perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dan bersepakat untuk memenuhi syarat atau keperluan yang ditetapkan seperti penjagaan alam sekitar, kawalan penyakit, penjagaan kualiti air, pemasaran dan sebagainya.

Projek ZIA di Penaga merupakan projek yang pertama di negara ini yang memerlukan kelulusan EIA. Sekiranya projek ZIA berjaya dilaksanakan, ia akan menjadi modal contoh untuk negeri-negeri lain.

Jabatan Perikanan akan meletakkan syarat kepada setiap peserta untuk mematuhi Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). SPLAM merangkumi sistem amalan akuakultur yang baik termasuk kolam rawatan dan kolam takungan.

Sekian, terima kasih

YB Dr Afif bin Bahardin
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa, dan Kesihatan)
Ahli Dewan Undangan Negeri N10 Seberang Jaya
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang


( rujukan: Dr Afif Bahardin)

Tiada ulasan: