Halaman

Sabtu, 13 April 2013

Ceramah Penerangan Isu Semasa

PULAU PINANG, 13 April 2013:

Satu Ceramah Penerangan telah diadakan di Kampung Sungai Nibong Tengah, Kawasan D, Bayan Baru, jam 5 petang tadi. Penerangan disampaikan oleh Sim Tze Tzin, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak,  Hj Rashid, Dato Gary Nair, R.S.N.Rayer dan beberapa yang lain.

Ceramah dihadiri penduduk setempat yang majoritinya berbangsa India. Beberapa siri ceramah penerangan  dijalankan untuk menerangkan kepada masyarakat setempat tentang isu-isu berbangkit dalam negara. Rakyat berhak untuk mendapat penerangan dari semua pihak bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya umum 5 Mei nanti.

Satu lagi ceramah penerangan bakal berlangsung malam ini di Kampung Jawa jam 9 malam.



1 ulasan:

muktasim berkata...

Tahniah tuan, semoga memperoleh kemenangan dalam PRU13 nanti.. insyaAllah.. :)