Halaman

Sabtu, 20 April 2013

Penamaan Calon


PULAU PINANG, 20 April - Seawal jam 7.30 pagi, bakal-bakal calon, bersama pencadang dan penyokong masing-masing, telah berkumpul bersama dengan jentera parti dan para penyokong dan bersiap sedia untuk berarak menghantar calon-calon ke Pusat Penamaan Calon di SJKC Min Sin. 

Perarakan menyaksikan penyertaan dari pelbagai kaum, bergerak dengan diiringi laungan semangat "Reformasi", "Hidup Rakyat", "Tukar tukar" dan sebagainya menjadikan suasana begitu meriah dan bersemangat.

sebelum masuk ke Pusat Penamaan Calon

Setelah diumumkan Pusat Penamaan Calon telah dibuka, barisan calon-calon, Sim Tze Tzin, Abdul Malik Abdul Kassim, Jayabalan A/L A. Thambyappa dan Hj. Rashid Hasnon, bersama pencadang & penyokong masing-masing memasuki perkarangan SJKC Min Sin untuk menyerahkan Kertas Penamaan Calon kepada Pegawai Pengurus.

Dari kiri: Penyokong, Nazihah Mohd Rashid dan Pencadang, Lee Chee Cheow

Mengikut Peraturan 6(2) dalam Peraturan-peraturan Pilihan Raya 1981, seseorang calon dikehendaki menyerahkan Kertas Penamaan Calon kepada Pegawai Pengurus antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi di Pusat Penamaan Calon yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Hanya Calon, Penyokong & Pencadang yang dibenarkan berada di dalam kawasan Pusat Penamaan Calon. Para penyokong hanya dibenarkan berada di luar kawasan larangan iaitu 50 meter dari Pusat Penamaan Calon.

Para peserta perarakan menunggu di luar SJKC Min Sin sementara proses penamaan calon berakhir. Suasana menjadi meriah dengan peserta yang terdiri dari pelbagai lingkungan umur dan pelbagai kaum. Sorakan-sorakan semangat dilaungkan bagi menunjukkan sokongan kepada calon-calon Pakatan Rakyat. 

(Lihat koleksi gambar di sini)

Sekitar jam 10.10 pagi, proses penamaan calon selesai dan SPR mengumumkan keputusan rasmi. 

Kerusi Parlimen P. 052 Bayan Baru bakal menyaksikan pertarungan antara Sim Tze Tzin (PKR) dan Tang Heap Seng (BN),

Bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri, N. 35 Batu Uban menyaksikan pertarungan lima penjuru dari Baratharajan A/L Narayanasamy Pillai (Bebas), Goh Kheng Sneah (BN), Jayabalan A/L A. Thambyappa (PKR), Mohd Noor Sirajajudeen bin Mohd Abdul Kader (Bebas) dan Rajendra A/L Ammasi (Bebas).

sejurus selepas keluar dari SJKC Min Sin

Mohd Rashid bin Hasnon (PKR) dan Wong Mun Hoe (BN) bakal merebut kerusi DUN N. 36 manakala bagi N. 37 Batu Maung menyaksikan perebutan tiga penjuru dari Abdul Malik bin Abdul Kassim (PKR), Mansor bin Musa (BN) dan Rahmad bin Isahak (Bebas).

Senarai penuh Keputusan Penamaan Calon boleh di lihat di sini.

1 ulasan:

naziyha berkata...

Tekadkan matlamat. Insya Allah, Allah bantu mereka yang berusaha membantu agama-Nya. Ini kalilah!