Halaman

Ahad, 30 Jun 2013

Seminar AlQuran.

Saya telah dijemput untuk merasmikan Program Seminar Al Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pagi tadi. 


Seminar seperti ini kita adakan setiap tahun dengan harapan ianya akan dapat memangkinkan kesedaran umum akan peri pentingnya kita menjadikan Al Quran itu bukan setakat untuk dibaca dan dilagukan akan tetapi hendaklah di kaji isinya dan di amalkan ke dalam kehidupan seharian.

Tema seminar kali ini ialah ' Penghayatan Al Quran Pencetus Perubahan '. Diharapkan aturcara seminar yang diadakan akan akhirnya dapat menjuruskan rakyat Pulau Pinang kepada 'celi' Al Quran.

Tiada ulasan: